Malaysia - Pusat Kecemerlangan Pelbagai Bidang |
||
Sejak merdeka, sistem pendidikan negara telah berkembang pesat dan pelbagai pembaharuan telah diperkenalkan. Pembaharuan ini berjaya menghasilkan sejumlah sekolah, kolej matrikulasi dan maktab perguruan yang cemerlang dan mampu melahirkan modal insan yang diperlukan negara.
Dalam kalangan sekolah-sekolah ini pula terdapat sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Premier, sekolah yang mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah-sekolah di dalam persekitaran yang strategik serta mempunyai infrastruktur yang baik seperti sekolah-sekolah di dalam kejiranan Putrajaya dan Cyberjaya. Di samping sekolah-sekolah ini, KPM juga mengadakan sekolah khusus untuk pendidikan khas pada peringkat rendah dan menengah termasuk SMPKV. Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang dikendalikan oleh agensi lain seperti Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. ~dipetik daripada http://www.moe.gov.my/galeri_awam_manual/pipp2010/moe_pipp_09.pdf |